Assalamualaikum semua..
Wah..lama banget sy x update blog ni. Nak kata sibuk sangat, bolehlah tahan. Topik ni sebenarnya dah lama sy nak tulis tp asyik x sempat2 je. So, ari ni sy peruntukkan masa 5 minit utk menaip topik yg hangat nih.
14 Julai yg lepas, satu pertandingan nasyid sempena Karnival Anti Dadah (SEJADAH) telah diadakan, pgkt Kuala Selangor. Sy telah diberi mandat utk create satu team lelaki yg baru utk mewakili sekolah ke pertandingan ni. So, dalam masa yg agak suntuk, sy telah adakan sesi uji bakat utk menubuhkan 1 team yg boleh 'pakai' dan boleh dipertandingkan. Setelah hampir 1 minggu, akhirnya tertubuh lah satu team nasyid baru yg dinamakan An-Naufal. Yg menariknya, majoriti ahli team ni adlh dikalangan Form 5 dan ada yg langsung x pernah ada pengalaman nasyid, apatah lagi mewakili sekolah. Tp, memandangkan mereka memiliki suara harmoni (unison @ 2nd @ bass @ mono) yg masih belum diterokai, jd sy telah ambil diorang.
Nk dijadikan cerita, slps tertubuhnya team ni, sy telah contact & menjemput beberapa ahli Da'Voice utk datang ke SAM Tg Karang utk melatih team ni, sambil melancong ke Tg Karang yg indah permai ni. Akhirnya, Tuhan telah memilih 2 insan yg mempunyai saiz yg berlainan dan jenis suara yg berlainan (wpun yg sorang tu asyik2 terikut suara harmoni org lain..he..he)utk dtg ke SAM Tg Karang. Bro. Bayu telah datang pada jam 3 ptg, Ahad dgn menaiki bas sbyk 4 kali dari Perak utk sampai ke Tg Karang. Jauh tu Bro. Bayu datang. Tapi, beliau sanggup berkorban demi mencurahkan ilmu yg sarat di dada (sarat nya...) kpd anak2 didik Da'Voice yg baru walaupun duit di poket hanya tinggal seciput shj.
The other special gifted person is Abg Zaf (InsyaAllah, bakal jd Cekgu Zaf). Beliau sanggup datang ke Tg Karang dgn naik motor dari Muar semata2 melunaskan tanggungjawabnya sbg seorang muslim (sebab semua ni adalah utk syiar Islam). Bdk2 nasyid ni terharu & kagum dgn semangat, pengorbanan & kesungguhan yg ditunjukkan oleh 2 org ahli Da'Voice ni. Semoga Allah membalas jasa kalian.
(Bagusnya kalau nazri dapat datang ari tu setelah puas berendam, menyelam, minum air dan bermain air di Port Dickson). To be continued....