Sunday, March 11, 2007

CIT CAT DA'VOICE (1)

Askum. Hai..hai..hai.. bertemu kite dlm rancangan CIT CAT DA'VOICE. So, minggu ni kite ade satu lirik lagu yg memerlukan komentar, pandangan, pujian, kritikan, dan sedikit cacian (jika diperlukan) untuk memastikan lirik2 lagu kumpulan Da'Voice adalah dalam standard piawai yang ditetapkan oleh Ito Lara&Uncle Ali Rashid dan sekaligus lulus untuk disiarkan di radio Klasik Nasional. Ini lirik yg pertama...enjoy yourself!

Teman Seperjuangan

Bagaikan… sekawan semut

Tekunnya… mencari makanan

Bersusah payah bersama

Sama…

Bagaikan… sekawan burung

Bebas berterbangan di awangan

Riang bersiul sungguh menghibur

Riangnya terasa bahagia…

Oh… begitulah yang kuharapkan

Darimu temanku yang setia

Di dalam susah didalam senang

Hadapi bersama

Teguhkan iman di dadamu

Hadapi cabaran mendatang

Redha pada setiap ketentuan-Nya

Hidup ini satu perjuangan

Oh… begitulah yang kuharapkan

Darimu temanku yang setia

Di dalam susah didalam senang

Hadapi bersama

Tolong menolong bantu membantu

Berganding bahu sesama kita

Kecapi impian kian nyata

Pastikan berjaya…

Lagu & Lirik : Mohamed Nazri Bin Mohamed Tahir

15 comments:

m. fariz rizal j. said...

bagus banget!!

m. fariz rizal j. said...

Hmm...Mohd Nazri atau nama penanya irzan@samudera@mamuh merupakan seorang komposer muda yg berbakat besar. Cuma, bakat beliau masih belum diketengahkan di persada hiburan tempatan. Namun, saya percaya, lagu Teman Seperjuangan ini telah membuka mata ramai orang, terutamanya penyanyi nasyid di IPT2 di Malaysia tentang kehebatan komposer yang mungil ini. Bait2 dalam lirik yg beliau hasilkan ini begitu simple & mudah diingati. Apatah lagi penggunaan objek haiwan yg dijadikan plot utama dalam lagu ini, membuktikan bahawa komposer cilik ini sangat menyayangi haiwan, walaupun beliau telah membunuh beberapa ekor tikus dalam final project beliau yg lepas. Apabila kita hayati rangkap demi rangkap, akan terserlah kehalusan dan kemulusan kulit si komposer ini. Beliau tidak memerlukan perkataan2 yg bombastik seperti "tuntas", "setanggi", mahupun "fermentasi". Sebaliknya beliau hanya menggunakan perkataan2 yg berkonsepkan cilik dan mungil. Ini akan memudahkan lagi golongan kanak2 utk menghayati lagu ini. Kehebatan lirik ini semakin terserlah apabila kumpulan Da'Voice telah melayakkan diri utk memasuki peringkat akhir dlm Pertandingan Nasyid Inter Kolej apabila mereka membawakan lagu ini. Kepada Nazri, keep up the good work dan saya tak sabar2 utk menantikan lagu2 yg seterusenya.
P/S: Bila nak buat sambungan lagu ni? Teman sepermainan ke, Tiada Lagi Teman ke, atau Teman Tapi Mesra..

Da'Voice said...

lagu ni mmg cachy & rancak, sesuai dengan jiwa penulis liriknye, hehe..
tapi jangan syok sorang2 ye...hehe,
dari segi lirik tak banyak nak komen la, aku pun bukan pandai sangat, tapi memang nampak mesej yang nak disampaikan tu..mungkin perlu banyak berbincang dengan Ito, untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa...haha..
all the best nazri, aku bagi 4.5 bintang dari 10.

-zharp

Irzan83 said...

Terima kasih di atas komen yg amat...amat...amat....memberangsangkan tu. mmg lagu aku nie hebat dan menpunyai nilai estetika yg unik
Insyallah lagu nie akan dibawa oleh Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi di persembahan beliau di Royal Albert Hall, London.
Sambungan untuk lagu teman seperjuangan???...Hmmmm....sebenarnya mmg ada sambungan. Saya sedang mencari melodi untuk lagu yang bertajuk "Andainya aku seekor semut" yang akan diberikan kepada penyanyi terulung negara iaitu Tan Sri S.M. Salim. Lirik lagu tu dah siap tinggal nak tunggu melodinya. Jadi....tungguuuuuu

m. fariz rizal j. said...

Wahh....baguslah kalau mcm tu. So, ape lagi agaknye haiwan yg akan digunakan sebagai objek dalam lagu yg akan datang? Sabtu lepas, kami (sem,pije,ajip,bayu,min,adilla&suami,azman,hisyam) ke Zoo Melaka. Terdapat bermacam2 binatang di sana. Kalau Nazri pergi mesti lebih bagus sbb mungkin akan memberikan ilham dan inspirasi yg segar. Anyway, bile nak launch lagu "24 JAM"? Setakat ni cume aku & ajip je yg dengar lagu tu. So unique&conceptual.

Da'Voice said...

Adeeeeeeqqqqqqqq!!!!!!!!!!.......nak kena dah budak nie ngan aku....siap ko aku turun KL aku jumpa ko aku ikat ko kat pokok yg banyak kerengga. Biar ko dpt idea plak buat lagu kerengga

Da'Voice said...

mamu...hang turun KL pun adeq kat melaka la..hehe...
bile masa lak ada lagu baru '24 jam' ni? aku nak dengar gak...

-zharp

Da'Voice said...

Haaa.....Zharp. Ko jgn join persatuan yg menderhaka kat aku tu. diaorg nie nak kena tulah ngan aku dah. Antara org2 yg telah dikenalpasti ialah 2 org pembuat blog nie dan ajip. Diaorg nie mmg anti n jeles ngan karya-karya aku yg unik dan hebat tu. Soooo....jgn makan hatiii yerrrr...hehehehe

-Nazri-

Da'Voice said...

Izin Ku Pergi

sinaran mata cerita segalanya
duka lara terpendam memori semalam
tinggal segala cinta tiada kembalinya
abadi kasih kita kau bawa bersama
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita di kalbuku
pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

tersemat jiwa setia bersamanya
cinta murni berdua beribu tahunnya
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita di kalbuku
pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

ohh pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

maafkan daku duhai kasih
izinkan ku pergi

Lagu & Lirik: Mohamed Nazri Bin Mohamed Tahir (MAMU)

hayatilah lirik yg penuh syahdu ciptaan aku nie....heheehehehehe

Da'Voice said...

ya Allah lagu 24 jam tu mmg sedap kalo korang nak dgr.mendayu2..sampai kuar airmata aku sbb ketawa.lagu tu seuai utk lagu tema rtm jer....

Da'Voice said...

adeeq...binatang yg seterusnyer aku rase adalah binturong....berwarna hitam yg kite tgk kat zoo melaka tu...ataupun primate2 kecil yg mengingatkan kite pada nazri...

Reading Review said...

jazz konon..ko tau tak yang lirikko tu telah dikutuk gila-gila oleh ko punya kakak..Miss.Ito lara..dia kata lirik lagu ni nonsense dan macam budak-budak...no wonder lah kita kalah pertandingan pada masa tu...dah lah lagu perjalanan (yang macam lagu zaiton sameon tu) tinggi giler...memmg jaclyn pun akan ada problem untuk nyanyi lagu tu...untuk pengetahuan ko mamu, aku telah gunakan your jazzy minus one untuk buat lagu aku sendiri..remember "back to Him".i telah recompose whole lyrics and adapting with the song...lagi sedap compare ngan lagu semut ko tuu..actually kalo ko buang segala menda semut and burung tu,,,mesti best...u actually didn't use right animal imageries and exact symbol to reflect the main message in your song...PERSAHABATAN..but a good try from you..don't give up to be a good composer...

m. fariz rizal j. said...

But for me....lagu Teman Seperjuangan ni unik. Aku tak tau la macam mane bentuk re-arrangement yg si bayu buat terhadap kesucian lagi itu. Bayu ni mmg suke bebeno membuat lagu di atas lagu yg telah sedia ade. Hatta, lagu Pencarian tu pun dia ubah suai mengikut citarasa dia. Apa, ko ingat ko ni kumpulan Mendua!! He..he.. Kepada Mamu, teruskan perjuangan, sepertimana sang semut yg tak berhenti2 bekerja.

Da'Voice said...
This comment has been removed by the author.
Da'Voice said...

salam..
ni dah kira bagus ade blog sendiri.
cuma bile nak ade album sendiri plak hehe..
ape2 pun thanks sbb pernah bg peluang kat aku 'meyumbangkan' lagu da'voice mase festak dulu..

-edie-