Wednesday, March 28, 2007

MUTIARA KATA (1)

"Action may not always bring success, but there is no success without action."

terjemahan:

"Usaha dan tindakan tidak selalu menghasilkan kejayaan, tetapi... tidak ada kejayaan tanpa usaha dan tindakan."

(Greg Phillips - Benjamin Disraeli)

CIT CAT DA'VOICE (2)

Assalamualaikum semua.

Wah..nampaknya ruangan CIT CAT DA'VOICE (1) mendapat sambutan yang hangat drpd pembuka2 blog ini. Mungkin faktor populariti komposer muda, Mamu Lara, menyebabkan ramai org merasa perlu utk menghantarkan komen kepada hasil karya beliau.

So, untuk kali ini, saya buka lagi gelanggang CIT CAT DA'VOICE dengan mempertaruhkan sebuah lagu Inggeris yang dihasilkan oleh seorang lagi anak muda belia harapan bangsa kita, iaitu BayZack (glamernye name ni!). Lagu yg berjudul ONLY GOD ini merupakan salah satu daripada beberapa karya beliau yang telah mencuri perhatian ramai pihak, terutamanya Pak Ali. Dengan muzik yang ber'genre'kan California Rock, lagu ini terus mendapat tempat di hati peminat sehingga ia telah dirakamkan di studio. Kali ini, saya harap anda semua memberikan ulasan terhadap semua aspek lagu tersebut, dari lirik, muzik, konsep lagu sehinggalah kpd komposer itu sendiri (perlu ke?). Anyway, hantar komen ye!!

Only God...

Deep in my humble heart,

I’m seeking upon His Lights,

Who controls my body and soul,

He deserves everything,

By the name of The Creator,

Who posesses the Day of Judgement,

And all praises be to God,

For giving us serenity,

Welcoming good, and avoiding evil,

Worshipping Him with sincerity,

Don’t let faith fade away,

Do binding it, within your life,

Repeat second verse

And we must go, towards the right path,

Sacrificing fisabilillah,

Obeying His Book, and realising Sunnah,

And be sincere and kind Ummah,



Sunday, March 18, 2007

Da Voice has produced many entertainers in Nasyeed arena

Perhaps it is too much to say it but... believe it or not our group born many entertainers in

nasyeed.. Bro.Zul (dehearty), Bro.Shairiman (fareast), most of Saffone's group members and

Bro.Halim (brotherz)..all the listed name got their own album. Cool man!!! perhaps our junior

now can enlightened their talented by joining the nasyeed audition. i think the latest audition is

held by Hijjazz because they are seeking for the new members of UNIC (you may ask Bro.Fazli

about it) after Bazli further his study in Cairo and Hafiz Hamidon (one of my secondary

schoolmate) was no longer joining this group. If i'm not mistaken, UNIC got a new member

which is Anas (younger brother of Faizal OIAM) ....lately..so there is one vacancy for this

group....maybe you should try....wassalam bro.

Bro. Bayu

Read The Story Bro! (1) -keberkatan 'bismillah'-

Assalamualaikum bro..

Hmm...mulai hari ni satu ruangan tetap dibuat dlm blog ini yg dinamakan "Read The Story Bro!". Ruangan ni akan memaparkan pelbagai cerita2 dari zaman dahulu hinggalah sekarang yg sedikit sebanyak boleh memberikan sesuatu yg positif utk kita semua. For this time, I want to share a good story with u all yg bertajuk...'keberkatan 'bismillah'.

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah". Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini". Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan". Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim". Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Moral : Jom kita praktikkan utk membaca bismillah setiap kali kita nak buat sesuatu perkara!

Apa agaknya cerita Da'Voice Jr ye?

Hai..hai..hai..assalamualaikum semua.

Saya tertanya-tanya, apa agaknya perkembangan terkini kumpulan Da'Voice di Kolej Canselor sekarang. Sebab, kali terakhir saya berjumpa dgn team Da'Voice Jr. pada Malam Gemilang Graduan 2006 yg lalu, ramai jugak ahli kumpulan ni. Siap buat show lagu acapella 'Teman Sejati' lagi masa malam MGG tu (bayu, apesal hang main perkusion pulak? Tak nak jd lead vocal lg ke?).

Apa yg pasti, saya & beberapa ahli Da'Voice yg dah grade, merasa sgt gembira & terharu dgn komitmen dan kesungguhan ahli2 Da'Voice yg baru ni. Antara nama yg saya ingat...Rasuli, Badri, Sham,..errr..dan lain-lain.

So, kepada mana2 ahli Da'Voice Jr., harap dapat berkongsi cerita dgn kami semua mengenai perkembangan terkini korang. Ada show ke, pertandingan ke, latihan ke, bgtau la..InsyaAllah, kami akan bg support kat korang semua.

**Bro. Tie**

Jom Kita Meriahkan Blog Ini!!

Assalamualaikum kpd semua pembaca blog ini.

Setelah 1 minggu blog ini dibuka dengan sedikit promosi ala kadar yg dibuat, Alhamdulillah, nampaknya blog yg x seberapa ini mendapat reaksi yg positif drpd org ramai (ramainye!!). Sehinggakan saya menerima banyak aduan (ada 2 aduan, dari org yg sama..he..hee) mengenai kesesakan yg berlaku sehinggakan blog ini x dapat dibuka.

So, utk menjadikan blog ini sebagai satu wadah yg terbaik bagi menghimpunkan semua warga Da'Voice (huraian siapakah warga Da'Voice telah diberikan sblm ini), maka terdapat beberapa perkara yg saya cadangkan utk memeriahkan & men'vogue'kan lagi blog ini:

(1) MENGHANTAR CERITA @ APA2 SAJA UTK DISIARKAN
Anda semua amatlah dialu2kan utk menghantar apa2 saja utk disiarkan dalam blog ini. Mungkin cerita ttg pengalaman, atau kisah2 teladan, atau info2 kerja kosong, or whatever yg rase2nye wajar utk disiarkan. Caranya, anda perlu 'sign in' terlebih dahulu dgn menggunakan username: davoice_kcupm@yahoo.com , dan password: satuhati. Then, klik 'New Post' kat atas sblh kanan blog. Pastu, korang tulislah as creative as u can, then tekan 'publish'. Jgn lupe sign out ye!

(2) MENGHANTAR 'COMMENT' BG SETIAP TOPIK YG DISIARKAN
Ni lagi satu kaedah utk memeriahkan lg blog ini. Ape kate korang hantar at least 1 comment utk setiap topik yg disiarkan. Kalau xde idea nak tulis ape, tulis je Hi!. Easy what. Korg boleh hantar comment tanpa perlu 'sign in'. Caranye, rujuk kat topik 'How To Comment..Bro?' hasil tulisan Cikgu Bayu.

Hopefully, blog ini akan menghiburkan & memberi info (ala2 tema RTM yg dulu, infotainmen) kpd korg. Wassalam

**Bro. Tie**

Monday, March 12, 2007

..Bg Hasrin Dapat Putera Yg pertama..

Wahai semua warga Da'Voice..

Untuk pengetahuan semua, Abg Hasrin baru saje mendapat seorang anak lelaki yg dinamekan MOHD IMAN HANNAN (kalau silap ejaan, harap dapat dibetulkan). Wah, dah jadi seorang ayah pengurus kite sorang ni.

Kepada abg Hasrin, semoga anak abg sentiasa sihat. Begitu jugak dgn Abg Hasrin& isteri. Harap2 pengalaman abg sbg seorg suami & ayah dapatlah kiranya dikongsikan bersama dgn warga Da'Voice yg masih mude2 & comel2 ni:)

Kenangan Semasa Sesi Audition Da'Voice Batch 2002

Assalamualaikum semua.

Salah satu kenangan bersama Da'Voice yg sukar dilupakan ialah semasa Audition Batch 2002 di dalam Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) Kolej Canselor. Mase tu, antara yg datang utk di uji bakatnye ialah zarp, nazri, rotai, azni, megat (kalo x silap), dan...ramai lagi tapi dah x ingat. Juri2 mase tu, semestinya Bg Hasrin, Bg Ijan, Kre, dan...ish..ish..lupe plak name2 yg lain tu:) Mase audition tu semua peserta dikehendaki menyanyikan lagu Saujana yg bertajuk...ish..ish...lupe lagi. Hmm..maklumlah kejadian 4 tahun lepas, so banyak fakta2 yg dah terluput dari otak. Tapi, mlm tu memang happening sbb ramai sungguh yg dtg utk audition. Di situlah titik tolak pembentukan grup Da'Voice batch 2002. Malam tu barulah kitorang ni kenal suare2 harmoni. Suara base, suare second, suare harmoni@unison, suare mono. Seronok banget sbb dapat nyanyi dalam keadaan yg teratur dan sedap didengar. So, xde lagilah yg nyanyi ala2 suare lepas. Apapun,yg nyata kumpulan ini bukan setakat menghasilkan sebuah kumpulan yg boleh menyanyi, tapi ikatan ukhuwah yg sangat rapat dikalangan ahli2nya.

Kenangan Manis Sepanjang Bersama Da'Voice

Assalamualaikum guys.

Topik ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai sebarang cerita mengenai kenangan manis sepanjang bersama Da'Voice. Sila hantarkan cerita (tidak melebihi 1000 patah perkataan) dan jgn lupa mention nama korang ye. Hopefully, semua pengalaman ni akan dapat dikongsi bersama.

Sunday, March 11, 2007

CIT CAT DA'VOICE (1)

Askum. Hai..hai..hai.. bertemu kite dlm rancangan CIT CAT DA'VOICE. So, minggu ni kite ade satu lirik lagu yg memerlukan komentar, pandangan, pujian, kritikan, dan sedikit cacian (jika diperlukan) untuk memastikan lirik2 lagu kumpulan Da'Voice adalah dalam standard piawai yang ditetapkan oleh Ito Lara&Uncle Ali Rashid dan sekaligus lulus untuk disiarkan di radio Klasik Nasional. Ini lirik yg pertama...enjoy yourself!

Teman Seperjuangan

Bagaikan… sekawan semut

Tekunnya… mencari makanan

Bersusah payah bersama

Sama…

Bagaikan… sekawan burung

Bebas berterbangan di awangan

Riang bersiul sungguh menghibur

Riangnya terasa bahagia…

Oh… begitulah yang kuharapkan

Darimu temanku yang setia

Di dalam susah didalam senang

Hadapi bersama

Teguhkan iman di dadamu

Hadapi cabaran mendatang

Redha pada setiap ketentuan-Nya

Hidup ini satu perjuangan

Oh… begitulah yang kuharapkan

Darimu temanku yang setia

Di dalam susah didalam senang

Hadapi bersama

Tolong menolong bantu membantu

Berganding bahu sesama kita

Kecapi impian kian nyata

Pastikan berjaya…

Lagu & Lirik : Mohamed Nazri Bin Mohamed Tahir

Kemana menghilangnya BAKTI?

Assalamualaikum team Da'Voice sekalian.

Hmm....siape tahu kemane menghilangnye our beloved 2nd & 3rd voice of Da'Voice, iaitu Mohd Bakti Sahid.

Lame x dengar cerite dari mamat sorang ni. Ade jugaklah beberapa usaha dilakukan untuk menjejak jejaka penari zapin ini tetapi menemui jalan yg sedikit buntu.

So, kalau bakti terbace blog ini, sila laporkan diri dgn memberikan your latest contact number.

How to comment..bro??

this is a very easy task, just follow this procedure..
1.click at "comment" at the bottom of each post.
2. write your comment
3.finish up your comment, then use davoice_kcupm@yahoo.com as "username" and satuhati as the "password"

**make sure you adress yourself at the end of your comment to asssure you guys...i think this the easiest task i ever did in my life...wassalam

Sir Rotai and Bro.Bayu

Da'Voice makes comeback!!!

Assalamualaikum kepada semua team Da'Voice, samada yang pernah terlibat secara langsung ataupun tidak dengan kumpulan nasyid ini.

Setelah terpisah sekian lama kerana mencari kehidupan baru sebagai seorang yang bergelar graduan, maka sewajarnya semua team Da'Voice perlu bertemu dan bersatu semula samada secara face to face ataupun screen pc to screen pc.

Dan kerana itulah blog yang tak seberapa ini dibuat. Kami menyeru kepada semua yang disenaraikan di bawah ini (kalau tak tersenarai pun takpe, bole gak!) untuk menyertai blog ini:

- semua penasyid & percussionist Da'Voice dari batch yg dulu2 sampailah batch yg skrg ni, batch sebelum bg hasrin, semasa bg hasrin, batch mamu, batch bayu, batch sabtu madan, batch badri dan batch2 yg lain.

-yg pernah masuk audition Da'Voice & ala2 tersingkir tu, amatlah dialu2kan utk menyertai blog ini

-org2 yg pernah menyokong Da'Voice selama ini dan pernah mengantar
lagu@lirik kpd Da' Voice (walaupun status lagu@lirik tu adalah dlm pertimbangan..he..he..)

-penonton2 yg pernah memberikan tepukan semasa persembahan Da'Voice

-warga Kolej Canselor dan warga mane2 yg mengenali, dan apatah lagi admire Da'Voice.

Kepada semua, terimalah Da'Voice Reunion.

Wassalam:)